Makanan Untuk Otak Genius


Memang benar, makanan boleh mempengaruhi kecergasan bayi dalam perut. Kajian menunjukkan 90% kepintaran anak itu bermula sejak dalam kandungan lagi dan makanan antara sumber yang penting dalam merangsang otak bayi. Pemakanan amat mempengaruhi kepintaran bayi sejak dalam kandungan dan juga selepas kelahiran. Oleh itu, untuk mendapatkan anak genius, rangsangan pemakanan harus mula seawal kehamilan. Ibu perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan itu adalah untuk dirinya dan anak dalam kandungan. Ia bermula dari dalam perut kemudian tercetus si minda. Berikut, jenis-jenis makanan yang boleh merangsang otak bayi yang digalakkan oleh Islam.

Madu: Makanan yang sangat berkhasiat yang dinyatakan dalam al-Quran dan dikatakan sebagai 'syifa' iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar 'raja ubat' yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral protein, antiseptik dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental individu. Madu juga mengandungi zat galian seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin dan ia dapat memberi tenaga. Amalkan makan madu dengan minum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. 
Kismis: Ia dapat membentuk anak genius kerana kismis mengandungi zat besi yang berfungsi umtuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Cara makan kismis yang afdal adalah dengan menghadap kiblat, baca bismillah dan selawat kepada nabi tiga kali serta doa penerang hati. setelah itu, ambil kismis sebanyak tujuh biji sekali dan dimakan sebanyak tiga kali sehari iaitu 21 biji setiap hari. 
Susu Segar: Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang berfungsi untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu berkhasiat kerana mempunyai karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air. sabda Rasulullah, susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yang baik dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar. Amalkan meminum susu sekurang-kurangnya segelas pagi dan malam. Mulai dengan bacaan Bismillah.
Telur: Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak. Telur mempunyai kandungan protein, mineral, vitamin, laksium, magnesuim, fosforus, kalium, sulfur natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstra aktif. Memakan kuning telur dapat mengatasi masalah lemah tenaga fizikal dan mental. Telur yang terbaik dimakan untuk memberi kepintaran pada anak ialah telur ayam kampung.
Halia: Halia sangat mujarab merawat masalah lupa. Halia dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa dijadikan manis-manisan yang direbus dengan gula. Ia perlu dimakan sedikit sahaja di waktu pagi.
Limau/Oren: Limau dapat memberi kekuatan kepada daya fikiran.
Buah Delima: Buah ini boleh menjadi penerang hati, sesuai dengan sabda Rasulullah, "Barangsiapa yang memakan buah delima, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.
Daging Burung Merpati: Daging burung ini mempunyai protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori yang dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak selain membantu mempercepatkan pertuturan lebih awal dari biasa.
Daging Ayam: Berbanding semua jenis daging, ayam mempunyai kadar zat pemakan paling tinggi dan berkhasiat dalam meningkatkan prestasi otak.
Daging Biri-Biri: Dapat memberi kekuatan ingatan dan mampu memberi daya ingatan menghafal.
Kekacang: Turut memberi kekuatan kepada perkembangan genius sejak dalam kandungan lagi. Kacang seperti gajus, soya dan pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak selain mengandungi nilai protein yang tinggi.
Buah Badam: Makan buah badam dapat mempertingkatkan kecerdasan.
Labu: Dapat menambah keupayaan fikiran dan akal. Nabi bersabda, "Makanlah labu kerana ia memberi kecerdasan kepada akal serta meningkatkan kemampuan keupayaan akal dan fikiran."
Minyak Sapi: Membekalkan otak yang genius. Biasakan masak dengan menggunakan minyak sapi.
Sayur-Sayuran: Sayur-sayuran dan buah-buahan membantu meningkatkan daya ingatan.



Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

2 comments:

  1. Salam, nak tanya.. boleh x kismis dimakan sekali dgn susu?

    Thank You,

    Ana

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved ~DemiMasa!~hamiralianasj.blogspot.com