Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Sebelum ini telahpun dinyatakan beberapa jenis makanan untuk otak genius, jadi untuk kali ini akan dinyatakan beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ketika sedang hamil. Antaranya ialah;
Makanan Berbisa: Antaranya ikan sembilang, ikan pari, nenas dan tapai.
Makanan Organ Dalaman: Ibu hamil tidak digalakkan memakan makanan orgsn dalaman seperti hati, perut, jantung dan limpa.
Makanan Sisa Haiwan: Makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga perlu dielakkan oleh wanita hamil.
Minuman Bergas: Ia memberi kesan kepada bayi dalam kandungan dan membuatkan otak bayi tidak cergas.
Kepala Ikan, Insang: Makanan ini memiliki kandungan asid yang tinggi dan boleh menyebabkan bayi anda menjadi seorang yang pelupa.
Makanan Hampir Basi: Jangan sesekali dimakan oleh ibu hamil.
Makanan Berunsur Subahat Dan Haram: Makanan bersubahat seperti hasil dari mencuri harta orang manakala makanan haram apabila sumber itu didapati dari tempat-tempat yang diharamkan seperti kelab malam atau disko perlu dielakkan. 
Selain dari faktor pemakanan yang pengaruhi ibu hamil melahirkan anak genius, ibu hamil juga harus menjaga perkara lain seperti menyedut udara segar setiap pagi, elakkan tidur pada masa yang tidak baik iaitu selepas Subuh, selepas Asar, hampir senja dan jangan tidur terlalu banyak di waktu siang kerana ianya boleh mewarisi anak yang malas dan lembab. Begitu juga setelah kelahiran bayi, iaitu semasa ibu menyusukan bayi kerana faktor pemakanan pada tempoh ini juga turut merangsang bayi genius.
Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved ~DemiMasa!~hamiralianasj.blogspot.com