Kelebihan Membaca Selawat Atas Nabi s.a.w

Kelebihan Membaca Selawat Atas Nabi s.a.w yang dimaksudkan ialah hendaklah seorang muslim dan muslimah banyak membaca selawat atas Rasulullah s.a.w. Jadi dia membaca:
"Ya Allah, curahkan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami, Muhammad dan atas keluarganya."

Telah diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa yang disisinya disebutkan namaku, maka hendaklah dia membaca selawat atasku satu kali, maka Allah memberi rahmat kepadanya lantaran itu sepuluh kali."
Dalam riwayat lain dituturkan sebagai berikut:
"Barangsiapa membaca selawat atasku satu kali maka Allah memberikan rahmat kepadanya sepuluh kali, Dia menghapus daripadanya lantaran itu 10 keburukan, dan menghulurkan lantaran itu 10 darjat."
(HR. Ahmad dan Nasa'i dan lafaz hadis memang dari An-Nasa'i) (Dari At-Targhiib juz 2 halaman 494)
Yang dimaksudkan dengan pengertian "Allah membaca selawat atasnya sepuluh kali selawat", adalah bahawa Allah memberi kepadanya sepuluh jenis rahmat. Yang dimaksudkan dengan "menggugurkan" adalah menghapus dan mengampuni.

Dan tersebut dalam hadis juga suatu riwayat dari Anas r.a., dia berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa membaca selawat atasku dalam sehari 1000 kali, maka dia tidaklah mati sehingga dia melihat tempatnya di syurga."
(HR. Abu Hafsah bin Syahiin) (Dari kitab "At-Targhib wat Tarhib" juz II halaman 501)

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Kelebihan Membaca Istighfar

Kelebihan membaca Istighfar yang dimaksudkan adalah bahawa seorang muslim dan muslimah selalu memperbanyak membaca ucapan "Astaghfirullah"
"Saya mohon ampun kepada Allah."
Dalam kaitan ini, sahabat bin Malik r.a, telah berkata: "Adalah Rasulullah s.a.w dalam suatu perjalanan mengucap seruan "Mohon ampun kepada Allah." Maka kita pun memohon ampun. Kemudian baginda menyeru lagi. Sempurnakan 70 kali. Kita pun juga menyempurnakan. Kemudian baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tiada seorang hamba lelaki, dan tidak pula hamba perempuan mohon ampun kepada Allah 70 kali, kecuali Allah mengampuninya 700 dosa. Dan sungguh rugi seorang hamba lelaki atau perempuan yang berbuat dalam sehari semalam lebih banyak daripada 700 dosa."
(HR. Ibnu Abid Dun-ya, Al-Baihaqi dan Al-Ashbahani) (Disarikan dari kitab "At-Targhib wat Tarhib juz II halaman 471)
Dan terdapat juga hadis lain yang menyebut tentang kelebihan istighfar iaitu;
Selain itu, kelebihan istighfar juga ialah;

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Roh Di Bulan Ramadhan

"Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"
sama-sama lah kita besedekah pada roh-roh itu.."
Ada seorang hamba Allah telah menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan dan telah berkongsi ilmu tersebut denganku. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. 

~Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.
Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka-mereka yang masih hidup~

Di sini ustaz memberitahu HIKMAH adanya alam kubur ialah;
Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang menghadap Allah terlebih dahulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.
"Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal-hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah."
Sebarkan dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan dakwah ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.
Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.
Mari berlumba dalam kebaikan. Wallahu'alam..

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Kelebihan Membaca Tasbih, Tahmid dan Takbir

Membaca Tasbih, Tahmid dan Takbir yang dimaksudkan ialah bahawa seorang muslim dan muslimah banyak membaca "Su-haanallah", "Al Hamdu lillah" dan "Allahu Akbar". Jadi setelah selesai dari solat lima waktu, dia membaca masing-masing ucapan tersebut 33 kali, dan demikian juga sebelum tidur. Pada masa lain itu, hendaklah banyak mengucapkannya. Sebab ucapan tersebut itu merupakan tanaman syurga. Ertinya bahawa setiap orang yang mengucapkan lafaz "Su-haanallah", maka ditanamkan untuknya sebuah pohon di syurga.
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa mengucapkan lafaz "Subhaanallaahi wal hamdu lillaahiwa laa ilaha illallaahu wallaahu akbar", maka ditanamkan untuknya setiap ucapan darinya sebuah pohon di syurga."
                                               (HR. Ath-Thabrani dengan sanad yang baik)

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Biodata Rasulullah SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW.  Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW
~ Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
~ Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan   20 April 571
  Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
  Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
~ Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
~ Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
~ Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
~ Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
  perempuan bapa   Rasulullah SAW).
~ Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
~ Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
  Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
~ Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
  untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
~ Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
  (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
~ Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
~ Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
~ Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
~ Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
  perniagaan..
~ Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
  (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
  pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
  itu.

USIA 20 TAHUN
~ Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
  jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
  14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
  berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja...
~ Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
  pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
~ Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
  binti Khuwailid Al-Asadiyah.
~ Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
~ Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
  yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
  meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
~ Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
~ Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
~ Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
  Makkah.
~ Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
  tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berh ub ung perletakan
  batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
~ Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
  akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
~ Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
  Al-Siddiq.
~ Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN
~ Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
  Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
~ Khadijah Binti Khuwailid.
~ Saudah Binti Zam'ah.
~ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
~ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
~ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
~ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
~ Zainab Binti Jahsy.
~ Maimunah Binti Harith.
~ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
~ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
1. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
2. Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1.  Thuwaibah 1.  Hamzah
2.  Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1.  Halimah Al-Saidiyyah 1.  Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2.  Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3.  Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4.  ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Z ub air
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
   terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona..
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
  marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
  di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
   pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
  bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
  dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
   lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
  dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
   putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
   sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
   baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Berkongsi Ilmu Kebaikan

Mudah sebenarnya kita nak dapat pahala. Berkongsi kebaikan dalam fb/blog/webpage or apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya asalkan ke arah KEBAIKAN. Berdasarkan petikan yang dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus dalam gambar di bawah, saya sangat tertarik untuk kongsinya bersama-sama anda..^_^
"Semua orang berhak berkongsikan kebaikan sekalipun dia baru nak merangkak di jalan membaiki diri. Usah pedulikan kata orang, kalau ada hadith atau kata-kata nasihat atau artikel2 yang berfaedah, post sahaja..malaikat akan mencatat pahala anda.."
Jadi, kepada semua yang aktif dalam dunia internet seperti ini semoga kita tidak tersasar dan janganlah salahguna kemudahan yang ada untuk sesuatu kepentingan yang boleh mengundang dosa. Nasihat ini secara umumnya untuk semua dan secara khasnya juga untuk mengingati diri saya sendiri...

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Surirumah Sebagai Pekerjaan Yang Terbaik

Umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."
 Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.
~Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.
~Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.
~Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.
~Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka.
~Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.
~Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.
~Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Jadi bagi isteri-isteri yang tidak bekerja yang menjadi surirumah sepenuh masa, usahlah merasa rendah diri lagi. Kita sebagai isteri tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi BANYAK PAHALA. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. 
Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Kelebihan Membaca Tahlil

Membaca tahlil yang dimaksudkan ialah hendaklah seorang muslim dan muslimah selalu banyak mengingati Allah dengan mengucap kalimat "Laailaahaillallah" ertinya: "Tidak ada Tuhan kecuali Allah." Dalam kaitan ini Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa mengucap "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku wa lahul  hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadiir" pada setiap hari 100 kali, maka ucapan itu baginya dibanding dengan memerdekakan sepuluh budak, dan dicatat baginya 100 kebaikan, dihapus daripadanya 100 keburukan, dan ucapan itu baginya sebagai penjaga dari gangguan syaitan pada hari itu hingga petang hari. Dan seorang tidak datang dengan pahala lebih utama daripada yang dia bawa itu kecuali seseorang yang beramal lebih banyak daripadanya."                              (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Perkembangan Fetus Berdasarkan Al-Quran

Daripada sekecil-kecil sel sehinggalah terbentuk menjadi seorang bayi, perkembangan bayi anda semasa proses kehamilan begitu mengujakan anda dan pasangan. Apatah lagi, anda sendiri yang merasai pergerakan dan perkembangan bayi yang ajaib itu. Berikut ialah peringkat perkembangan bayi anda berdasarkan keterangan di dalam Al-Quran;
~Peringkat Satu:
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani.
Sperma                                                      Sperma Menembusi Ovum
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
~Peringkat Kedua:
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
 Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" (al-Mukminun : 14 )

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud : sesuatu yang bergantung atau melekat pacat atau lintah suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam alam rahim.
~Peringkat Ketiga:
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat.
Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud: "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
 (al-Mukminun : 14)

 Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
~Peringkat Keempat:
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. 
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging" (al-Mukminun : 14)

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Janin Pada Usia 12 Minggu
~Peringkat Kelima:
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.
Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
 ~Peringkat Keenam:
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. 
Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Waktu Subur Bagi Wanita

Mungkin ramai yang telah mengetahui kaedah untuk mengira waktu subur, namun bagi mereka yang masih belum memahaminya bolehlah rujuk berdasarkan pada gambar di bawah;

~Waktu Subur; Empat hari (26/8, 27/8, 28/8, 29/8) dalam kiraan 20 hari dari hari pertama datang bulan. Ketika ini, digalakkan bagi pasangan untuk bersama sekiranya memang merancang untuk mendapatkan zuriat.
~Waktu Tidak Subur; Selepas daripada empat hari tersebut, adalah hari tidak subur bagi wanita dimana ketika ini sekiranya anda bersama pasangan melakukan hubungan intim kebarangkalian untuk mendapatkan zuriat tersangatlah tipis kerana pada tujuh hari tersebut merupakan hari yang bersesuaian bagi pasangan untuk bersama yang merancang untuk menjarakkan anak.
Sebagai umat Islam yang taat kepada Allah, maka berusahalah dengan kekuatan, tenaga dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah, selarikan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, supaya Allah memudahkan dan memberikan kejayaan atau hasil segala usaha kita.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Barang siapa yang berusaha dia akan berjaya”.

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Gereja Yang Dihiasi 40 Ribu Tulang Umat Islam

Gereja yang terletak 70 km daripada ibukota Republik Check bekas negara Yugoslavia yang dipenuhi dengan gereja-gereja ganjil. Gereja yang berusia melebihi seribu tahun dibina dengan menggunakan tulang-tulang umat Islam tanpa kayu atau batu atau bahan binaan  biasa.
فالقصة بدأت في 1218 عندما قام رئيس الدير الرهبان هنري خلال رحلة الحج إلي الأرض المقدسة في خلال الحروب الصليبية بأحضار عظام المسلمين في بيت المقدس من الذين قتلوا لتزين الكنيسة ليكون له فخر .
وفي سنة 1318 تم تجديدها بعظام جديدة تقدر ب 30 ألف جثة أحضرت كذلك لهذا الغرض .. كما تم تجديدها في سنة 1511 بكمية عظام أخرى .
Pada tahun 1318 pihak gereja telah berjaya mengumpul 30 ribu tulang umat Islam untuk dijadikan binaan dinding.
وقام النحات في سنة 1870 من دوق شوزنبرك لأعادة ديكور الكنيسة بعظام
40000 جثة ليكون أكثر جمالا ورونقا ..
pada tahun 1870 jumlah tulang umat Islam telah melebihi 40 ribu untuk menyempurnakan binaan gereja tersebut.
وهي الأن من أشهر الكنائس العالم ليس لقدمها ولكن لزينتها بعظام المسلمين فيها وشاهد علي حقيقة الاجرام الذي
يقومون به والذي يسمونه ( الأرهاب )
Lihatlah tulang dan tengkorak umat Islam yang menghiasi setiap sudut gereja tersebut.
اتركم مع الصور





Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan Inayah kepada semua umat Islam yang syahid di bumi Bosnia.

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Isterinya Telah Kembali..

Isterinya Telah Kembali ~ Kisah Tauladan Dan Panduan.

Kisah ini saya petik dari suatu laman web… 
Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu.
Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awak di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kau tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.


Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Kubur Di Atas Masjid Nabawi


Baru hari ini saya tahu yang ada benda di atas kubah masjid Nabawi di Madinah itu. Rasanya ramai orang yang mengunjungi dan beribadat di masjid tersebut tidak tahu ada benda ini !
SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.
Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi;
Ada seseorang mencoba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!
Ia juga mengatakan bahawa seorang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahawa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!
Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.
"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" 
Wallahua'lam..

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Nama-Nama Yang Makruh

Penjelasan ringkas pada kali ini adalah berkenaan supaya pasangan suami isteri dan ibu bapa yang dikurniakan zuriat untuk memilih nama-nama yang mulia bagi anak-anak dan jauhi daripada memberi nama-nama yang makruh pada hukumnya. Sedarlah bahawa setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah. Terletak di tangan ibu bapa sama ada hendak mencorakkannya menurut acuan yang diredhai Allah atau sebaliknya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan baik), ibu bapanyalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya ia kaum Yahudi, Nasrani ataupun Majusi."

Islam melarang kita memberi nama anak seperti berikut:
~Dengan nama orang yang dikenali sebagai fasik, zalim dan ingkar kepada Allah S.W.T (seperti nama Qarun, Firaun, Haman dan sebagainya)
 ~Nama syaitan dan jin atau yang berhubungan dengannya (seperti khannas, Ifrit)
~Nama-nama yang mengandungi makna tercela dan buruk (seperti Wati, Zinah, Sariqah, Syarul Bariyyah, Saqar dan sebagainya)
Sehubungan itu, kita disunatkan supaya menukar nama-nama yang mengandungi erti yang tidak baik dan buruk. Sedangkan Nabi s.a.w. pernah menukar nama Barrah (nama asal Zainab binti Jahsy) kepada Zainab.
Selain itu, haram hukumnya memberi nama yang hanya layak bagi Allah sahaja, contohnya seperti Quddus, Khalik dan sebagainya.
Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Hari Lahir

Dari Anas dia berkata, “Doa yang paling banyak dipanjatkan Nabi s.a.w. adalah:
“Wahai Rabb kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan hindarkanlah kami dari siksa api neraka."
-Sahih Bukhari-
Ali bin Abi Thalib berkata;
“Dunia berlalu dengan membelakangi, sedangkan akhirat berlalu dengan menghadap. Masing-masing dari keduanya mempunyai banyak anak, maka jadilah kalian anak-anak akhirat dan jangan menjadi anak-anak dunia. Sesungguhnya hari ini ada amal namun tidak ada perhitungan, sedangkan esok yang ada hanyalah perhitungan namun tidak ada lagi amal.”
-Sahih Bukhari-
Subhanallah...Alhamdulillah...
Laailahaillah...Allahuakbar!
Syukur tidak terhingga kerana pada hari ini saya masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas. Usia saya yang kini telahpun mencecah 26 tahun hidup di muka bumi Allah Yang Maha Esa. Tidak terhitung segala nikmat yang telah Allah berikan kepada saya sejak saya dilahirkan sehinggalah ke hari ini. Syukur Alhamdulillah..
12 Julai, 1986~12 Julai, 2012
Terima kasih tidak terhingga buat emak yang telah bersusah payah melahirkan saya dan terima kasih buat emak & arwahyarham abah kerana telah membesarkan saya dan mendidik saya selama ini. Jasa kalian tidak mungkin dapat dibalas, hanya doa yang mampu diberikan sebagai tanda penghargaan buat emak & abah.

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Rahsia Solat Awal Waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Pada waktu Subuh;
alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur;
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Waktu Asar;
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Waktu Maghrib;
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak;
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam;
alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
Ditulis oleh Ustaz Zahazan~Jumaat, 17 Julai 2009 17:35


Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Airmata RASULULLAH saw

Inside Ka'bah

Saudaraku seiman, gambar ini (bahagian dalam Baitullah) adalah hadiah istimewa bagi kita semua
(terutama bagi yang belum pernah masuk atau belum pernah melihat/memiliki gambar seperti ini).
Semoga menambah keimanan kita, aamiiin...
Tidak bosan-bosan rasanya membaca kisah ini...

~AIRMATA RASULULLAH SAW...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.
Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Jodohku Bukan Cintaku

Untuk pengetahuan anda, tajuk pada kali ini merujuk kepada sebuah rancangan televisyen Wanita Hari Ini (WHI) yang membincangkan perihal perkahwinan yang dibina bukan atas dasar pada cinta. Rancangan ini telah menjemput Ustaz Zawawi sebagai tetamu khas bagi mengupas isu tajuk tersebut. Memang menarik apabila Ustaz Zawawi memberi pandangannya berdasarkan ilmu agama dan ajaran Islam berkenaan sesebuah perkahwinan;

~Memang tidak dinafikan terdapat juga pasangan yang membina rumahtangga bukan berdasarkan cinta antara satu sama lain. Ianya mungkin dibina atas dasar pilihan orang tua atau sesuatu keadaan yang memaksa untuk kita berkahwin dengan bukan pilihan hati. Namun, perlu diingatkan bahawa sesebuah perkahwinan sangat memerlukan RESTU kedua ibu bapa bagi menikmati kebahagiaan hidup bersama suami/isteri. Dalam masa yang sama, kita juga dituntut untuk melakukan solat sunat Istikharah untuk mendapat petunjuk jodoh yang sebenar.

~Sebenarnya perasaan cinta tidak boleh dicabut tetapi ianya memerlukan MASA untuk berubah. Cinta ini sesuatu yang misteri kerana ianya datang tanpa dipaksa dan perasaan tersebut datang dari ALLAH s.w.t. Jangan bertuhankan cinta!! Perkara yang ingin ditekankan di sini ialah rumahtangga yang dibina bukan atas dasar cinta juga mampu mengundang bahagia kerana kebahagiaan sesebuah perkahwinan boleh dipupuk.
Allah swt befirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)
 ~Jika terdapat pasangan yang telah berkahwin namun perkahwinan tersebut berterusan tanpa adanya cinta atau sayang dan ianya berkekalan, dinasihatkan supaya terus bertahan. Hakikatnya, jika hati melihat perkahwinan itu sesuatu perkara yang amat besar, insan tersebut akan berasa lebih tanggungjawab untuk mempertahankan cinta untuk menjadi hamba Allah, dan ianya adalah satu ibadat. Yang paling penting ialah kita harus memahami bahawa Cinta sejati bermula dengan cinta kepada Allah berasaskan syariat bukan atas dasar nafsu.
Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.” (HR. Tirmidzi)

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Sebaik-baik Nama

Tanggungjawab pertama ibu bapa setelah anak mereka lahir ialah memberikan anak mereka nama yang sesuai. Sesuai di sini bermaksud menepati kehendak dan ajaran Islam. Memberi nama kepada bayi yang baru dilahirkan dengan nama-nama yang baik dan mulia adalah dituntut dalam Islam. Malah ianya merupakan sunnah Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.
Diriwayatkan oleh abu Daud dalam sebuah hadith bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud; "Sesungguhnya kamu akan dipanggil di hari kiamat dengan nama kamu. Justeru, berilah nama yang baik kepada anak kamu."
Oleh itu, tidak hairanlah para sahabat Nabi s.a.w juga sentiasa prihatin dalam meletakkan nama anak-anak mereka. Contohnya, seorang sahabat Nabi s.a.w yang bernama Abu Musa. Dia telah mendapat seorang cahayamata lelaki. Kelahiran itu disambut dengan penuh kesyukuran. Lantas dia pergi menemui baginda untuk menyampaikan berita tersebut. Baginda memberinya nama Ibrahim lalu mentahnikkannya dengan buah tamar. Oleh itu, pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi, kita disunatkan membuat akikah. Majlis ini diadakan bagi menyatakan kesyukuran terhadap  kurniaan Ilahi. Rambut bayi akan dicukur dan disunatkan memberikan nama anak pada masa ini. Amalan ini adalah sunnah nabi s.a.w. Begitupun anak yang baru lahir ini juga boleh diberikan nama pada bila-bila masa.

Namun begitu, tahukah anda nama juga boleh mencerminkan keperibadian seseorang anak dan rangsangan kepada moral anak-anak. Sekiranya nama yang diberikan baik, begitu juga maknanya baik, maka sesiapa sahaja yang memanggil nama anak itu, bermakna mendoakannya mengikut makna nama tersebut. Berikut adalah antara nama-nama yang disarankan;
 ~Nama yang dihubungkan dengan nama-nama Allah (Asma'ul Husna)
 Setiap nama Allah adalah mempunyai makna yang berkaitan dengan akidah Islam di samping membuktikan keagungan, keesaan dan kekuasaan Allah seperti al-Rahman, al-Rahim dan al-Muiz. Namun nama-nama ini hanya dikhususkan kepada Allah. Sekiranya kita hendak memberikan nama tersebut untuk bayi, maka ia hendaklah dimulakan dengan Abd atau Abdul yang bermaksud hamba. Contohnya Abdullah yang bermaksud hamba Allah.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik nama di sisi Allah ialah Abdullah, Abdul Rahman."
~Nama-nama Nabi dan para sahabat. 
 Dengan ini diharap agar pasangan yang bakal menimang cahaya mata akan memilih nama-nama yang baik dan mulia untuk anak-anak anda kerana ianya merupakan suatu tuntutan dalam agama Islam.
Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Pantang Larang Wanita Hamil

Walaupun kini kita berada dalam era kemodenan, namun masih ramai lagi yang berpegang teguh dengan pantang larang zaman nenek moyang kita dahulu. Sedarkah kita bahawa kepercayan dongeng ini boleh merosakkan akidah. Hal ini perlu dititikberatkan supaya kita tidak terpesong daripada ajaran agama Islam yang sebenar. Sebenarnya, berpantang bagi wanita hamil dibahagi menjadi dua jenis iaitu:
Pertama~ pantang berdasarkan kepercayaan tradisi masyarakat.
Kedua~ pantang berdasarkan pertimbangan perubatan.
Pantang bahagian pertama~ iaitu suatu pantang bagi wanita hamil untuk tidak berbuat sesuatu berdasarkan kepada kepercayaan suatu masyarakat bahawa kalau suatu perbuatan dilakukan oleh wanita hamil, kelak bayinya akan cacat atau wanita bersangkutan akan tersiksa ketika melahirkan.
Pantang jenis ini sudah tentu tidak boleh dipercayai, apalagi ditaati. Mempercayai dongeng dan kepercayaan nenek moyang seperti itu, padahal Islam sama sekali tidak mengajarkannya, adalah suatu perbuatan syirik.
Mengikuti hal-hal yang membawa pada perbuatan syirik adalah haram. Mempercayai sesuatu dongeng sebagai contoh bahawa seorang hamil yang membunuh cicak atau memasak binatang hasil buruan kelak akan mendatangkan bahaya pada bayinya adalah termasuk mempercayai tiarah.

Tiarah ialah merasa sial atau akan bahaya kerana mendapatkan isyarat kejadian tertentu pada binatang. Tentang larangan bertiarah ini disebutkan dalam hadis:
"Dari Qabishah bin Mukhariq, ujarnya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 'Membaca garis tangan, merenung nasib (dengan isyarat kejadian tertentu) dan melepas burung untuk diketahui apakah terbang ke kiri atau ke kanan adalah perbuatan sesat." (Riwayat Abu Dawud)
Meraba-raba nasib masa depan dengan mengaitkan suatu tanda tertentu pada alam atau haiwan juga termasuk syirik atau perbuatan syaitan. Jadi, segala pantang wanita hamil yang berdasarkan dongeng dan kepercayaan nenek moyang tidak boleh diikuti.

Pantang bahagian kedua~iaitu pantang berdasarkan pertimbangan perbuatan atau kesihatan. Misalnya, wanita hamil tidak boleh banyak makan nenas kerana menyebabkan keguguran atau wanita hamil dilarang meminum ubat tertentu tanpa nasihat doktor kerana membahayakan keselamatan bayi dalam kandungan.
Pantang yang berdasarkan pertimbangan perubatan ini kalau dilanggar oleh wanita hamil dipandang melakukan tindakan menganiaya diri bahkan merupakan tindakan bunuh diri. Kalau telah terbukti secara perubatan bahawa makan nenas banyak boleh menggugurkan kandungan lalu tetap dilanggar oleh seorang wanita yang sedang hamil, ia dikira berbuat dosa jika terbukti kemudian kandungannya gugur dan janinnya telah berumur lebih dari 120 hari.

Wanita hamil yang melanggar pantang perubatan sehingga mendatangkan bahaya kepada keselamatan janin atau keselamatan diri bererti telah melakukan tindakan bunuh diri. Allah melarang siapapun melakukan bunuh diri dengan apapun alasan.
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah bermaksud:
"...dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam kebinasaan..."
Justeru, setiap wanita hamil haruslah mengetahui ubat dan makanan apa sahaja yang menyebabkan bahaya bagi dirinya dan janinnya atau menyebabkan cacat pada janin sekalipun ibunya tidak. Mengetahui hal-hal seperti di atas adalah wajib agar dapat terselamat daripada bencana.



Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Copyright© All Rights Reserved ~DemiMasa!~hamiralianasj.blogspot.com