Kelebihan Membaca Tasbih, Tahmid dan Takbir

Membaca Tasbih, Tahmid dan Takbir yang dimaksudkan ialah bahawa seorang muslim dan muslimah banyak membaca "Su-haanallah", "Al Hamdu lillah" dan "Allahu Akbar". Jadi setelah selesai dari solat lima waktu, dia membaca masing-masing ucapan tersebut 33 kali, dan demikian juga sebelum tidur. Pada masa lain itu, hendaklah banyak mengucapkannya. Sebab ucapan tersebut itu merupakan tanaman syurga. Ertinya bahawa setiap orang yang mengucapkan lafaz "Su-haanallah", maka ditanamkan untuknya sebuah pohon di syurga.
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa mengucapkan lafaz "Subhaanallaahi wal hamdu lillaahiwa laa ilaha illallaahu wallaahu akbar", maka ditanamkan untuknya setiap ucapan darinya sebuah pohon di syurga."
                                               (HR. Ath-Thabrani dengan sanad yang baik)

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved ~DemiMasa!~hamiralianasj.blogspot.com