Pantang Larang Wanita Hamil

Walaupun kini kita berada dalam era kemodenan, namun masih ramai lagi yang berpegang teguh dengan pantang larang zaman nenek moyang kita dahulu. Sedarkah kita bahawa kepercayan dongeng ini boleh merosakkan akidah. Hal ini perlu dititikberatkan supaya kita tidak terpesong daripada ajaran agama Islam yang sebenar. Sebenarnya, berpantang bagi wanita hamil dibahagi menjadi dua jenis iaitu:
Pertama~ pantang berdasarkan kepercayaan tradisi masyarakat.
Kedua~ pantang berdasarkan pertimbangan perubatan.
Pantang bahagian pertama~ iaitu suatu pantang bagi wanita hamil untuk tidak berbuat sesuatu berdasarkan kepada kepercayaan suatu masyarakat bahawa kalau suatu perbuatan dilakukan oleh wanita hamil, kelak bayinya akan cacat atau wanita bersangkutan akan tersiksa ketika melahirkan.
Pantang jenis ini sudah tentu tidak boleh dipercayai, apalagi ditaati. Mempercayai dongeng dan kepercayaan nenek moyang seperti itu, padahal Islam sama sekali tidak mengajarkannya, adalah suatu perbuatan syirik.
Mengikuti hal-hal yang membawa pada perbuatan syirik adalah haram. Mempercayai sesuatu dongeng sebagai contoh bahawa seorang hamil yang membunuh cicak atau memasak binatang hasil buruan kelak akan mendatangkan bahaya pada bayinya adalah termasuk mempercayai tiarah.

Tiarah ialah merasa sial atau akan bahaya kerana mendapatkan isyarat kejadian tertentu pada binatang. Tentang larangan bertiarah ini disebutkan dalam hadis:
"Dari Qabishah bin Mukhariq, ujarnya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 'Membaca garis tangan, merenung nasib (dengan isyarat kejadian tertentu) dan melepas burung untuk diketahui apakah terbang ke kiri atau ke kanan adalah perbuatan sesat." (Riwayat Abu Dawud)
Meraba-raba nasib masa depan dengan mengaitkan suatu tanda tertentu pada alam atau haiwan juga termasuk syirik atau perbuatan syaitan. Jadi, segala pantang wanita hamil yang berdasarkan dongeng dan kepercayaan nenek moyang tidak boleh diikuti.

Pantang bahagian kedua~iaitu pantang berdasarkan pertimbangan perbuatan atau kesihatan. Misalnya, wanita hamil tidak boleh banyak makan nenas kerana menyebabkan keguguran atau wanita hamil dilarang meminum ubat tertentu tanpa nasihat doktor kerana membahayakan keselamatan bayi dalam kandungan.
Pantang yang berdasarkan pertimbangan perubatan ini kalau dilanggar oleh wanita hamil dipandang melakukan tindakan menganiaya diri bahkan merupakan tindakan bunuh diri. Kalau telah terbukti secara perubatan bahawa makan nenas banyak boleh menggugurkan kandungan lalu tetap dilanggar oleh seorang wanita yang sedang hamil, ia dikira berbuat dosa jika terbukti kemudian kandungannya gugur dan janinnya telah berumur lebih dari 120 hari.

Wanita hamil yang melanggar pantang perubatan sehingga mendatangkan bahaya kepada keselamatan janin atau keselamatan diri bererti telah melakukan tindakan bunuh diri. Allah melarang siapapun melakukan bunuh diri dengan apapun alasan.
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah bermaksud:
"...dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam kebinasaan..."
Justeru, setiap wanita hamil haruslah mengetahui ubat dan makanan apa sahaja yang menyebabkan bahaya bagi dirinya dan janinnya atau menyebabkan cacat pada janin sekalipun ibunya tidak. Mengetahui hal-hal seperti di atas adalah wajib agar dapat terselamat daripada bencana.



Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved ~DemiMasa!~hamiralianasj.blogspot.com