Bau Dari Syurga

Perasan tak setiap kali kita cium bayi, ada satu bau yang amat wangi dan mendamaikan. Akan tetapi, bau ini lama-lama akan beransur hilang apabila bayi semakin membesar bulan ke bulan

Tapi tahukah anda bau apa itu?
Dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Imam Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW pernah
bersabda : 
"Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga"
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani : Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA"
Selain dari itu, adakah anda tahu jika kita mencium anak kita juga mendapat ganjaran pahala? Ye..memang benar...ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapat pahala. Sungguh..Allah Maha Penyayang..Begitu mudah Allah berikan ganjaran pahala kepada hamba-Nya hanya dengan mencium anak kita..Anak Anugerah Allah dan Penyeri Hidup sebuah keluarga :)
Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

1 comment:

  1. Rasa nak pergi cium baby skg jugak. Hehe
    ...cium baby mmg sesuatu yg best dan mengasyikkan, mampu menenangkan jiwa. Walaupun setiap masa dapat cium tapi terasa nak cium jgak saat dia tidur ^_^

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved ~DemiMasa!~hamiralianasj.blogspot.com