Empat Petua Didik Anak Menjadi Pintar

Petua 1
 ~ Setiap malam apabila anak sedang tidur hendaklah kita wiridkan “Ya Latif” ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai sebanyak 100 kali.

Petua 2
~ Membaca surah Al-Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali.

Petua 3
~ Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

Petua 4
~ Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved ~DemiMasa!~hamiralianasj.blogspot.com