Hukum Membaca Perlahan Dalam Solat

Ok, kali ini saya nak berkongsi dengan semua pembaca tentang hukum membaca dengan perlahan dalam solat. Bukan apa, mungkin ada juga segelintir di kalangan kita yang tidak mengetahui tentang hukumnya yang sebenar. Lagipun sebelum ni, saya juga pernah melihat individu yang sedang menunaikan solat tetapi mulutnya tidak bergerak. Mungkin individu tersebut membaca bacaan solatnya dalam hati!! Jadi, berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus di bawah, jelaslah hukum membaca dalam hati adalah TIDAK SAH kerana jawapan yang diberikan oleh ustaz ialah SEKURANG-KURANGNYA BACAAN ITU DIDENGARI OLEH TELINGA KITA SENDIRI iaitu disebut sebagai RUKUN QAULI. Jadi, semoga kita akan lebih berhati-hati dalam menunaikan solat 5 waktu kita seharian. Mudah-mudahan diterima oleh Allah S.W.T. InsyaAllah.. ;-)
  

~Rukun Qauli, iaitu rukun yang berkaitan bacaan di dalam solat (sekurang-kurangnya kena dengar bacaan itu ke telinga kita, jika kita sendiri tidak dengar, tidak sah solat kita itu) ianya ada 5 perkara iaitu terdiri daripada:
1.Takbiratul ihram;
2. Membaca Al-Fatihah;
3. Membaca Tahiyat Akhir;
4. Berselawat kepada Nabi s.a.w di dalam tahiyat akhir;
5. Mengucap salam yang terakhir. 
Ramai yang tidak tahu lagi, jadi pohon share ramai-ramai ye ;-)

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

11 comments:

  1. Usaha yg sgt mulia. Sy pun selama ini ingat boleh baca dlm hati. Astaghfirullah... Terima kasih kerana berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..Alhamdulillah..saya pun dulu pernah terfikir boleh ke tidak baca dalam hati..bl dh tahu jwpn saja nk berkongsi bg sesiapa yang tak tahu.. ;-)

      Delete
  2. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. salam yg pertama awk..bkn salam terakhir :)

    ReplyDelete
  4. kalau kita pernah baca fatihah dalam hati masa solat yg lepas ... kena ganti balik kew...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekinwalla@gmail.com13 July 2014 at 06:33

      Tak perlu.. sbb dulu taktau. Dalam Al Quran pon ada ckp, Allah akan mengampuni dosa seseorang itu disebabkan kejahilannya. SubhanAllah. Allah Maha pengampun lg pemaaf.

      Delete
  5. Maksud dgr telinga sendiri tu mcm mana.. sbb ada orang cakap kene keluarkan suara.. kalau baca dengan cara mcm bisik kuat boleh x..?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,saya nak kepastian masa tahiyyat akhir di rakaat akhir baru dilafazkan?yang tahiyyat awal tu xperlu dilafazkan lah?tolong jawab..terima kasih..

    ReplyDelete
  7. Batal ke solat jika membaca dengan, kuat jika solat brsendirian?

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved ~DemiMasa!~hamiralianasj.blogspot.com