Jangan Timang Anak!?

Assalamualaikum..diharap semua pembaca sihat dan dirahmati Allah s.w.t. Tiba-tiba je rasa rajin nak update blog. Entah kenapa teringat pulak satu kisah yang dikongsi oleh suami saya sendiri. Suami saya cakap dia baca kisah ni pun dari facebook. Jadinya saya harap perkongsian cerita ini dapat memberi manfaat dan info serba sedikit supaya kita lebih berhati-hati.

Kisah yang saya nak cerita ini berkenaan tentang pasangan yang ditimpa musibah apabila anak mereka menghidap suatu penyakit. Anak pasangan tersebut yang masih bayi (sekitar 3-6 bulan~xpasti ^_^) seringkali diserang demam dan lebih teruk lagi turut terkena sawan. Pada mulanya pasangan ini tidaklah syak apa-apa yang tidak baik sehinggalah anak mereka diserang sawan dengan teruk sekali.  Mereka rasa hairan mengapa boleh jadi begitu dengan kerap kali. 

Akhirnya, pasangan ini mengambil keputusan untuk berjumpa pakar bagi mendapatkan kepastian punca yang menyebabkan anak mereka sering terkena sawan. Setelah perbincangan dan kajian dibuat dengan teliti, akhirnya doctor dapat mengenalpasti punca mengapa serangan penyakit sawan sering berlaku pada anak kepada pasangan itu. Melalui imbasan x-ray yang telah dilakukan, terdapat gegaran pada otak bayi tersebut menyebabkan hal demikian berlaku.

Dengan perasaan yang sangat sedih pasangan ini terpaksa redha di atas yang berlaku kepada anak mereka. Walaupun begitu, mereka juga hairan dan pelik bagaimana berlakunya gegaran pada otak anak mereka dan berasa seperti ada sesuatu yang belum terungkai..

Dengan izin Allah, persoalan yang bermain-main difikiran pasangan itu akhirnya terjawab apabila mereka mengetahui bahawa selama dalam jagaan pengasuh, anak mereka ini sering kali diTIMANG!! Ibarat macam lagu timang tinggi-tinggi…..lalalala.. Bagi mendapatkan kepastian merekapun bertanya kepada pengasuh yang menjaga anak mereka dan pengasuh itu mengaku bahawa suka dan selalu menimang anak pasangan itu.. Hemm.. begitulah serba sedikit kisahnya.. 

Sebenarnya menimang anak bukanlah langsung tidak boleh tapi biarlah kena pada keadaan dan umur bayi yang hendak ditimang. Bukan apa, bayi kan masih lembut, tulang mereka pun belum cukup kuat untuk menampung beban badan mereka sendiri. Yelah..sebagai contoh yang mudah ialah bayi yang berumur antara 0-5 bulan majoritinya leher mereka masih belum mampu untuk mengangkat atau mengimbang kepala mereka. Jadinya, si ibu atau ayah yang mendukung bayi yang berada dalam lingkungan umur ini perlu mengampu leher dan kepala si anak. 

Saya tidaklah punya terlalu banyak ilmu atau pengalaman untuk dikongsi dengan para pembaca, tapi cukuplah sekadar kita ingat mengingati supaya kejadian seperti ini tidak berlaku kepada diri kita sendiri. InsyaAllah..

Berikut adalah doa yang saya nak kongsi dengan semua pembaca dimana doa ini saya sering baca setiap kali selepas solat. Jom sama-sama kita amalkan ye ^_^
“Ya Allah, peliharalah anakku (sebut nama anak) sepanjang hidupnya dan sihatkanlah dia. Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-MU, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik yang sempurna paras rupanya dan tetapkanlah di dalan hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Kemanisan Melakukan Ibadat

Kita sebagai hamba Allah wajib menunaikan solat. Jika kita sayang Allah kita akan bersegera untuk lakukan ibadat. Sehinggakan belum masuk waktu kita dah tak sabar nak ke masjid ataupun bersolat. Ianya ibarat seperti rasa kasih dan sayang pada buah hati kita. Belum tiba ‘birthday’ dia lagi kita dah tak sabar nak beri hadiah!

Jadinya, jika kita boleh merasakan nikmat kemanisan dalam menunaikan solat, kita haruslah bersegera melakukannya. Tetapi untuk menikmati kemanisan dalam menunaikan solat kita mestilah kusyuk sewaktu mengerjakannya. Ramai yang bertanya dan tertanya-tanya bagaimana hendak khusyuk dalam solat. Untuk mendapat kusyuk dalam solat bukan hanya diusahakan setiap kali hendak memulakan solat tetapi rahsia kusyuk solat itu perlu dilatih ketika di luar waktu solat. Rahsianya ialah dengan menjaga pandangan, lidah, telinga, perut, kemaluan daripada melakukan maksiat serta menghadirkan hati setiap detik mengingati Allah dalam setiap ruang hidup kita..

Sebenarnya jika kita suka menunda-nunda solat, bererti kita juga menunda keperluan kita sendiri, kerana Allah juga akan menunda rezeki kita, menunda terkabulnya doa-doa kita, menunda datangnya jodoh kita…Tetapi harus diingat bahawa Allah tidak sesekali menunda datangnya KEMATIAN!! Jadi setiap kali menunaikan solat, perbanyakkanlah berdoa dan beristighfar..
Berdoalah…    
“Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan juga dosa kedua-dua ibu bapaku serta kasihanilah mereka seperti mereka memelihara dan mendidikku sewaktu kecil.”
“Wahai tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik pemberi rahmat.” (Al-Mu’minin: 109)
“Wahai tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia).” (Ali ‘Imran: 3-8)
Dalam pada itu, berdoalah agar kita menjadi isteri yang solehah..
 “Ya Allah, jadikanlah aku sebagai isteri penyejuk mata, penawar hati, penambat fikiran suami. Jadikanlah aku isteri yang solehah.” 
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang.”
"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"
“Ya Allah, Engkau terimalah doaku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
 Amin…Yaa Robbala’lamin..” 
~Mati jasad kerana tiada roh, 
Mati roh kerana tiada ilmu, 
Mati ilmu kerana tiada amal, 
Mati amal kerana tiada IKHLAS~ 
Beramallah kamu dengan ilmu secara ikhlas…

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Sifat-sifat Isteri Yang Mulia

Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan
ditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajib dilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syara‘. Itulah dia sebagai

Sifat-sifat Isteri Yang Mulia;
1.Tidak suka menuntut perkara yang boleh membebankan suami.
2.Tidak berhias untuk lelaki bukan muhrimnya
3.Menjauhkan diri dari sifat tercela.
4.Tidak meninggikan suara melebihi suara suami. 
5.Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
6.Tidak membelanjakan harta suami tanpa izinnya.
7.Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama.
8.Tidak cepat cemburu kepada sesuatu yang belum pasti. 
9.Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami.
10. Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah atau masalah.
Sumber: ensaiklopedia petua melayu lama

Perintah Supaya Isteri Mentaati Suami

Suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga, yang wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isteri mengingkari dan menyalahi perintahnya itu. Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya iaitu wajib taat kepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan syarat perintah tersebut tidak bertentangan dengan hukum syara’.

Perintah untuk mentaati suami sebagai pemimpin keluarga ada disebut di dalam al-Qur’an, dan juga dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Dari hadis di atas, dapat difahami bahawa isteri mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu ketaatan dalam menjalankan hak-hak suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepada manusia, nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya. Tetapi dalam Islam, sujud hanya dibolehkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala sahaja dan tidak pada yang lainnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya:

Maksudnya:
“Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”
(Hadis riwayat ath-Thabarani)
Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

Pengertian Nusyuz

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Petua Didik Anak Perempuan Untuk Solat

Walaupun saya belum lagi mempunyai anak perempuan, tetapi saya masih lagi berminat untuk berkongsi dengan semua tentang petua ini supaya anak perempuan kita mahu menunaikan solat. Ketahuilah bahawa solat itu tiang agama..jadi kita mestilah mengajar dan mendidik anak supaya menunaikan solat seawal umur mereka 7 tahun dan bimbing mereka melakukan kebaikan dimana berikan mereka asas iaitu hidup dan mati kerana Allah s.w.t tuhan sekalian alam. Jika kita mempunyai anak yang soleh dan solehah, ianya amatlah bermakna kerana diketiadaan kita nanti, sesungguhnya doa dari mereka sangatlah kita dambakan apabila kita sudah berada di alam barzakh. Sedekahkanlah doa Al-Fatihah untuk ibu dan bapa walaupun mereka masih hidup semoga dengan itu akan bertambah lagi rezeki kita yang dikurniakan oleh Allah. InsyaAllah.. Okey..berikut terdapat 10 petua untuk anak perempuan menunaikan solat iaitu;
1.Belikan mereka telekung yang cantik
2.Selalu puji mereka cantik apabila memakai telekung
3.Selalu berdoa supaya anak lembut hati dan mahu mendengar kata.
4.Membeli rotan sebagai pameran sahaja supaya mereka berdisiplin untuk melakukan solat seharian.
5. Membelikan mereka hadiah kesukaan kepada mereka sebagai contoh ‘aiskrim’ selepas selesai menunaikan solat.
6.Memeluk anak dan cium dahi mereka selepas selesai solat.
7.Menceritakan perihal azab api neraka sekiranya tidak menunaikan solat.
8.Memberitahu mereka bahawa sebagai umat Islam wajib tunaikan solat dan jika tidak mahu tunaikan solat kena duduk planet lain yang tidak ada ‘aiskrim’.
9.Memberitahu kepada mereka menunaikan solat adalah bertujuan sebagai tanda syukur kita kepada Allah, kerana Allah beri kita mulut, boleh makan ‘aiskrim’, tangan boleh pegang ‘aiskrim’, kaki boleh pergi kedai beli ‘aiskrim’.
10.Kalau pergi pasar malam, jumpa orang kurang upaya, tunjuk pada mereka. Cerita semula hal tips no.9.
Semoga kita semua berjaya mendidik anak supaya menunaikan solat sejak dari kecil lagi. InsyaAllah..

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam

Copyright© All Rights Reserved ~DemiMasa!~hamiralianasj.blogspot.com